Tingkatan Baca Al-Quran

Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan.

1. At-Tartil : Bacaannya yg perlahan², tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yg tepat serta menurut hukum² bacaan Tajwid dgn sempurna, merenung maknanya, hukum dan pengajaran daripada ayat.
2. At-Tahqiq : Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf drp makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.
3. Al-Hadar : Bacaan yg cepat serta memelihara hukum² bacaan Tajwid.
4. At-Tadwir : Bacaan yg pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum² Tajwid.
Makhraj-Makhraj Huruf

Makhraj ialah tempat menahan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Huruf yg dimaksudkan ialah huruf Hija’iyah, bahasa arab yg mengandungi 28 huruf. Menurut pendapat Imam Al-Khalil Bin Ahmad dan kebanyakan Ahli Qiraat serta Ulamak Nahu antaranya Imam Ibnu Al-Jazari. Jumlah bilangan makhraj yg umum terbahagi kepada 5 bahagian.

1. Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong ( Al-Jauf )
2. Bahagian kerongkong ( Al-Khalk )
3. Bahagian lidah ( Al-Lisan )
4. Bahagian bibir mulut ( Asy-Syafatan )
5. Bahagian hidung ( Al-Khaisyum )

Kemudian drp makhraj yg umum itu, dipecah-pecahkan menjadi jumlah sebanyak 17 makhraj pecahan. Penerangan adalah seperti berikut :

1. Makhraj pertama : Dari rongga kerongkong hingga rongga mulut keluar daripadanya Huruf Mad.
2. Makhraj kedua : Pangkal kerongkong, keluar daripadanya Huruf Hamzah dan Ha’.
3. Makhraj ketiga : Tengah kerongkong, keluar daripadanya Huruf Ain dan Ha.
4. Makhraj keempat : Hujung kerongkong, keluar daripadanya Huruf Ghain dan Kho’.
5. Makhraj kelima : Pangkal lidah, apabila pangkal lidah diangkat ke langit² lembut ditekan pd anak tekak, keluar Huruf Qoff.
6. Makhraj keenam : Pangkal lidah, terkeluar sedikit daripada makhraj Qoff, keluar daripadanya Huruf Kaff.
7. Makhraj ketujuh : Pertengahan lidah, keluar daripadanya Huruf Jim , Syin dan Ya’.
8. Makhraj kelapan : Sepanjang tepi lidah yg ditekankan pada geraham atas. Keluar daripadanya Huruf Dod.
9. Makhraj kesembilan : Tepi hujung lidah, diangkat ke langit² keras menekan pd gusi gigi depan sebelah atas. Huruf Lam.
10. Makhraj kesepuluh : Tepi hujung lidah, berdekatan dengan makhraj Lam. Keluar daripadanya Huruf Nun.
11. Makhraj kesebelas : Tepi hujung lidah, berdekatan dgn makhraj Nun serta melencong kebelakang tepi hujung lidah. Huruf Ro’.
12. Makhraj keduabelas : Hujung lidah yg diangkat menekan pd gusi gigi atas. Keluar daripadanya Huruf Tho’, Dal dan Ta’
13. Makhraj ketigabelas : Hujung lidah yg ditekan pd belakang gigi bawah antara depan lidah dan langit² keras. Huruf Shod, Sin, Zai.
14. Makhraj keempatbelas : Hujung lidah yg dikeluarkan terletak antara hujung gigi atas dan bawah. Huruf Zho’, Zal dan Tsa’.
15. Makhraj kelimabelas : Bibir mulut dlm sebelah bawah diangkat mengenai hujung gigi atas. Huruf Fa’
16. Makhraj keenambelas : Dua bibir mulut apabila dibulatkan muncung kehadapan secara terbuka. Huruf Wau, Ba’ dan Mim.
17. Makhraj terakhir : Pangkal hidung, bunyi berdengung. Keluar daripadanya Huruf Mim dan Nun ( Bertasydid )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: